Thursday, 27 February 2014

Tips for bakal pengantin



Hari ini Soulmate Events nak kongsi sedikit informasi mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum Majlis Ijab & Qabul....


Bagi yang kurang pengetahuan tentang langkah seterusnya selepas anda bertunang, meh saya kongsikan... Mungkin anda sekarang sudah berdebar-debar menanti hari bahagia anda.. Pada majlis pertunangan yang lalu anda dah pon menetapkan tarikh pernikahan anda bukan? So ape step seterusnya...


Bagi bakal pengantin LELAKI :

- Mestilah menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan
- Dapatkan borang 2A dengan mengisi permohonan secara online di ://http.ncr.jais.gov.my
- Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah HIV dari klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran
- Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)
- Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah qariah
- Dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama Islam daerah (PAID)
- Serahkan kebenaran berkahwin kepada pihak perempuan


Dokumen sokongan yang diperlukan :

- Salinan kad pengenalan/Passport (Jika pemohon warganegara asing)
- Salinan kad pengenalan 2 orang saksi/Passport (Jika saksi warganegara asing)
- Salinan sijil Kursus Pra-Perkahwinan (Diiktiraf oleh JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN)
- Keputusan ujian saringan HIV
- Salinan borang permohonan 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/Negeri/Negara)
- Surat pengesahan mastautin pemohon (begi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan)
- Surat perakuan cerai/Kematian pasangan dan salinannya. (Jika pemohon duda)
- Surat @ kad perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon saudara baru)
- Surat kelulusan dari kagat/PDRM (Jika pemohon anggota Tentera/Polis)
- Surat kebenaran berkahwin daripada Konsulat @ Kedutaan dan Imegresen (Jiak pemohon warganegara asing)



Bagi bakal pengantin PEREMPUAN :

- Mestilah menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan
- Dapatkan borang 2C dan 2D dengan mengisi permohonan secara online di ://http.ncr.jais.gov.my
- Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah HIV dari klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran
- Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan (2 bulan sebelum akad nikah)
- Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah (PPN) qariah
- Dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama Islam daerah (PAID)
- Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN qariah
- Akad nikah dijalankan
- Ambil surat perakuan nikah di JAIS/PAID


Dokumen sokongan yang diperlukan :

- Salinan kad pengenalan/Passport (Jika pemohon warganegara asing)
- Salinan kad pengenalan 2 orang saksi/Passport (Jika saksi warganegara asing)
- Salinan sijil Kursus Pra-Perkahwinan (Diiktiraf oleh JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN)
- Keputusan ujian saringan HIV
- Salinan borang permohonan 2C (Jika pemohon nikah luar daerah/Negeri/Negara)
- Surat pengesahan mastautin pemohon (begi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan)
- Borang kelulusan berkahwin/surat kebenaran berkahwin bagi lelaki
- Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (Jika perempuan anak sulung @ wali adalah abang lelaki yang sulung)
- Surat perakuan/akuan sumpah kematian wali (Bapa)
- Surat wakalah (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
- Surat perakuan cerai/Kematian pasangan dan salinannya. (Jika pemohon janda)
- Surat @ kad perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon saudara baru)
- Surat kelulusan dari kagat/PDRM (Jika pemohon anggota Tentera/Polis)
- Surat kebenaran berkahwin daripada Konsulat @ Kedutaan dan Imegresen (Jiak pemohon warganegara asing)



Haaaaaaaaaa..... Banyakkan dokumen yang perlu disiapkan... Tapi takpe jangan peningkan kepala anda... Buat dengan tenang ok... Pastikan borang anda cukup dan lengkap diisi sebelum tarikh pernikahan anda.. Lagi cepat lagi bagus ok... Takde lah nanti kelam kabut...


Ok, Good Luck from






















Kursus Pra-Perkahwinan


Hai readers............... Macam mana dengan permulaan anda di Tahun 2014..... Semoga perancangan anda baik-baik sahaja... Kami di Soulmate Events nak berkongsi sedikit informasi mengenai Kursus Pra-Perkahwinan di Negeri Selangor...


Pasangan-pasangan di luar sana sudahkah anda menjalani kursus perkahwinan? Kursus ini adalah WAJIB bagi semua pasangan yang ingin berkahwin untuk kali pertama... Perkara ini telah dikuatkuasa pada tahun 2005 lagi.. Jadi kepada yang sudah bertunang boleh mendaftarkan diri anda untuk kursus perkahwinan.


Bagi yang menetap di Selangor anda boleh mendapatkan borang Kursus Pra-Perkahwinan di Tingkat 4, Bangunan Selatan, Bahagian Perundangan Kekeluargaan JAIS, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Seksyen 5 Bukit SUK 40676 Shah Alam @ anda boleh download borang di laman web rasmi www.jais.gov.my       


Tempat kursus adalah di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, aras G, Bangunan Sultan Idris Shah. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM80 sahaja termasuk makan, minum & fail. Tempoh kursus adalah selama 2 hari. Anda dikehendaki mengisi borang dengan lengkap dan menghantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.


Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat daftarkan diri dan pasangan anda ke Kursus Pra-Perkahwinan di JAIS, Shah Alam. Siapa lambat dia rugi....  


So far bulan April, May, June, August, September, October November & December still banyak yang available...


Good Luck from Soulmate Events......................








Tuesday, 18 February 2014

Kek Kahwin... Oh! Kek Kahwin.....


Kek Kahwin adalah satu item yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan itu... Di situ lah kita nak menyemai kenangan terindah dalam majlis kita... Pelbagai jenis bentuk, rupa dan warna yang menarik perhatian tetamu yang datang..

Mengikut peraliran zaman dan trend sekarang... Kek kahwin tidak lagi hanya berbentuk bulat @ empat segi dan tulisan diatasnya... Pelbagai bentuk mengikut citarasa pengantin dapat dihasilkan bagi melengkapkan lagi acara majlis pekahwinan anda..

Here are some pictures to enjoy.... Tempahan dibuka sekarang... Tetapi mesti la awal dari majlis anda ok supaya tak kelam kabut nanti...


Beberapa design Kek Fondant...









Kek Tingkat-tingkat... JOM layan

























Contact us for more details.... 

Doa Awal Tahun



Salam Rabu to all my readers & potential clients............... Masa berjalan begitu pantas tanpa disedari kita di pertengahan February 2014........ Kami di Soulmate Events mendoakan anda semua baik-baik sahaja... Macam mana dengan azam 2014 ade ke yang dah capai? hehehe....


Kami di Soulmate Events masih mengalu-alukan panggilan anda.... Yang mana yang mahu berkahwin, belum ade wedding planner kami masih membuka tempahan... Yang ingin menyambut hari jadi... Bosan dengan party yang sama just call kami. Kami bantu anda menceriakan majlis hari jadi anda...


Mungkin masih belum terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014.... Semoga tahun ini memberi seribu makna dan harapan kepada anda... Kami ingin berkongsi sedikit Doa Awal Tahun kepada semua.. Semoga memberi manfaat kepada anda...


  

Wedding Photo shoot!


Jom cuci mata dengan wedding picture from previous event... By our team Photographer Brain Freeze Solution.. Package yang ditawarkan adalah sangat menarik dengan set album yang moden dan pasti anda puas hati... Ingin tahu lebih lanjut do contact us.... Enjoy... :)





























This is our special product..... Set wedding photo album + dengan briefcase.... Menarik tak??? heheheh... So tak payah la anda risau album hilang, rosak, bersepah..... Semua boleh disimpan dalam satu tempat..





More picture to come..... Just wait.... Jangan segan silu untuk tinggalkan comment anda.... Sebarang pertanyaan mengenai Full Package kami sila contact kami segera...










More Pelamin... Jom cuci mata...



Black & White Elegant




Sweet Baby blue



Soft Pink



White & Purple Glitter


Arabian Theme Wedding