Thursday, 27 February 2014

Kursus Pra-Perkahwinan


Hai readers............... Macam mana dengan permulaan anda di Tahun 2014..... Semoga perancangan anda baik-baik sahaja... Kami di Soulmate Events nak berkongsi sedikit informasi mengenai Kursus Pra-Perkahwinan di Negeri Selangor...


Pasangan-pasangan di luar sana sudahkah anda menjalani kursus perkahwinan? Kursus ini adalah WAJIB bagi semua pasangan yang ingin berkahwin untuk kali pertama... Perkara ini telah dikuatkuasa pada tahun 2005 lagi.. Jadi kepada yang sudah bertunang boleh mendaftarkan diri anda untuk kursus perkahwinan.


Bagi yang menetap di Selangor anda boleh mendapatkan borang Kursus Pra-Perkahwinan di Tingkat 4, Bangunan Selatan, Bahagian Perundangan Kekeluargaan JAIS, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Seksyen 5 Bukit SUK 40676 Shah Alam @ anda boleh download borang di laman web rasmi www.jais.gov.my       


Tempat kursus adalah di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, aras G, Bangunan Sultan Idris Shah. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM80 sahaja termasuk makan, minum & fail. Tempoh kursus adalah selama 2 hari. Anda dikehendaki mengisi borang dengan lengkap dan menghantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.


Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat daftarkan diri dan pasangan anda ke Kursus Pra-Perkahwinan di JAIS, Shah Alam. Siapa lambat dia rugi....  


So far bulan April, May, June, August, September, October November & December still banyak yang available...


Good Luck from Soulmate Events......................








No comments:

Post a Comment