Sunday, 19 April 2015
Room Decor
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, diberi umur yang panjang..
So hari ini Soulmate nak update pasal room decor untuk pengantin.
Dari bilik bujang, bersepah, tak organize sekarang sejuk mata memandang.
Ini adalah ruang bilik air yang lama sebelum make over.
Ruang ini menggunakan gabungan warna Grey cair dan warna Biru Gelap sebagai feature wall ruang bilik air. Nampak lebih kemas, tenang dan teratur.
Alhamdulillah.
Kepada yang berminat dan memerlukan bantuan kami boleh hubungi kami sekarang. FREE consultation. Yang penting BOOK APPOINTMENT anda dahulu.
Saturday, 18 April 2015
DIY
Assalamualaikum...
Hai semua. Hari ni Soulmate nak beri sdikit tips untuk mencantikkan pintu cabinet anda.. Kadang-kadang barang yang ada dalam rumah kita agak lama tapi tak bermakna ianya rosak. Mungkin masih elok untuk digunakan.
Nak buang memang la sayang kan. So hari ni Soulmate nak share sedikit tips yang boleh membantu menjimatkan kos anda.
Contoh seperti pintu cabinet yang lama ini. Masih elok digunakan.
Caranya. Beli wallpaper PVC yang sekarang tengah famous di pasaran. Anda boleh dapat kan di online atau pergi sahaja ke GM Klang. Memang banyak pilihan.
So, hari ini kita gunakan printed batu bata. Balutkan sahaja dipermukaan pintu tapi pastikan pintu cabinet tersebut bersih.
Lekat perlahan-lahan dan buangkan lebihan yang ada supaya lebih kemas.
Hasilnya.......
Haaaaaaaaaaaa..... Cantikkan. Dan ini sangat menjimatkan, mudah dan hasilnya sangat cantik. Dah nampak macam baru.
![]() |
| BEFORE |
![]() |
| AFTER
Selamat mencuba.............................
|
Subscribe to:
Comments (Atom)









