Assalamualaikum...
Hai semua. Hari ni Soulmate nak beri sdikit tips untuk mencantikkan pintu cabinet anda.. Kadang-kadang barang yang ada dalam rumah kita agak lama tapi tak bermakna ianya rosak. Mungkin masih elok untuk digunakan.
Nak buang memang la sayang kan. So hari ni Soulmate nak share sedikit tips yang boleh membantu menjimatkan kos anda.
Contoh seperti pintu cabinet yang lama ini. Masih elok digunakan.
Caranya. Beli wallpaper PVC yang sekarang tengah famous di pasaran. Anda boleh dapat kan di online atau pergi sahaja ke GM Klang. Memang banyak pilihan.
So, hari ini kita gunakan printed batu bata. Balutkan sahaja dipermukaan pintu tapi pastikan pintu cabinet tersebut bersih.
Lekat perlahan-lahan dan buangkan lebihan yang ada supaya lebih kemas.
Hasilnya.......
Haaaaaaaaaaaa..... Cantikkan. Dan ini sangat menjimatkan, mudah dan hasilnya sangat cantik. Dah nampak macam baru.
![]() |
| BEFORE |
![]() |
| AFTER
Selamat mencuba.............................
|




No comments:
Post a Comment